*LISTENUPWHILEIMTALKING*
07 April 2008
Nenek menuju Masjidil HaramBuat dua minggu nenek menunaikan Umrah dan seperti biasa lapangan terbang sesak sewak tu musim sebergini. Kehadiran seluruh angota keluarga bukan perkara lazim. Itu pun 4 antara 32 tidak hadir. Hari raya pun susah nak dapat seluruh keluarga untuk bertemu pada waktu yang sama. Jadi 4 tak hadir sudah kira pencapaian yang baik. Kerana sudah hampir semua keluarga berada disana kami bermakan malam dan seperti biasa tidak semua yang hadir tadi ikut bersama.





Duduk sambil berborak mendatangkan hikayat zaman puntung berasap antara saudara. Mendatangkan kisah lelucon yang hampir lenyap dimamah masa dan usia. Kisah kisah yang ada antara kita tidak dapat mengimbas kembali.Yang muda tumpang mendengar. Ramai antara meraka masih belum mendengar azan berkumandang atau berenang antara rakyat putih kelabu.





Zaman muda ayahda bertanjak dikepala,
Sayang zaman berubah dari setapak keselangkah.
*DirtyBoy*
12:15 am
ﷲ *ﻋﺒﺪﺍﻟﺤﺎﺩﻱ ﺑﻦ ﻋﺒﺪﺍﻟﻨﺼﻴﺮ * ﷲ